Kemurungan adalah salah satu dari ‘penyakit’ yang kita tidak tahu seseorang itu mengalami masalah berkenaan atau tidak.

Ini kerana orang yang sihat dan sentiasa aktif juga tidak terlepas dari mengalami masalah kemurungan.

Kemurungan ini lebih kepada penyakit jiwa yang jika tidak dirawat akan menyebabkan penghidapnya akan hidup dalam keadaan tertekan dan terasa diri tidak disayangi insan sekeliling.

Namun masih belum terlambat untuk mengubatinya. Sebagai orang Islam, kita menggunakan amalan atau doa yang baik untuk mengatasi kemurungan ini.

Perkongsian Ustazah Huda Yaacob di laman sosial Facebook memberitahu antara beberapa doa yang boleh diamalkan.

Gambar sekadar hiasan.

Saya share beberapa amalan dan doa yang boleh di amalkan untuk mengatasi kemurungan. Saya sendiri dah cuba dan kesannya sangatlah power. Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya keluar dari kemurungan yang sangat teruk sebelum ini asbab konsisten dengan amalan amalan ini.

Sahabat-sahabat boleh pilih yang mana sesuai dengan jiwa dan terus jadikan amalan harian. Biar sikit, biar pendek lafaznya tapi kuasa konsisten sangat hebat. Allah sayang hamba-Nya yang melakukan sesuatu amalan itu istiqomah (konsisten) walaupun sikit.

1. Istighfar

Saya pasti sahabat semua dah maklum dengan kelebihan istighfar. Banyak sangat manfaatnya dan banyak kisah kisah yang kita pernah baca dan dengar melalui kuliah berkaitan istighfar seperti kisah penjual roti dengan imam Ahmad. Kisah imam Hassan Al-Basri yang didatangi beberapa orang yang menceritakan segala macam isu padanya.

Dalam Al-Quran terlalu banyak ayat Allah menyuruh kita beristighfar (memohon ampun) padanya dan Allah janji dengan istighfar Allah akan permudah segala urusan kehidupan. Allah akan tunaikan apa jua hajat keperluan.

Ada beberapa lafaz istighfar yang kita boleh baca. Ada yang sedikit panjang dan ada yang ringkas. Ada sayyidul istighfar dan ada lafaz istighfar yang kita selalu baca selepas solat.

IKLAN

Saya baca lafaz ini (أستغفر الله وأتوب إليه)

Kerana ada 2 maksud besar dalam satu lafaz ringkas ini

“Aku mohon ampun pada Allah”

“Dan aku bertaubat pada-Nya”

2. Selawat

Allah menyeru pada orang beriman agar selalu berselawat pada kekasih-Nya kerana Allah dan malaikat sendiri juga turut berselawat ke atas junjungan mulia baginda Nabi Muhammad s.a.w. Jika Allah dan para malaikat pun berselawat ke atas Nabi Muhammad bermaksud amalan selawat adalah sesuatu yang sangat dituntut untuk mencapai kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.

Ada banyak lafaz selawat yang kita boleh baca dan selawat paling afdhol (terbaik) ialah selawat Ibrahimiah yang kita baca ketika tahiyyat akhir. Jika mampu bacalah jadikan amalan 10 kali di waktu pagi dan 10 kali di waktu petang. Jika tak mampu cukuplah dengan lafaz selawat yang ringkas asalkan konsisten setiap hari kita berselawat pada baginda Nabi Muhammad s.a.w.

3. Doa Nabi Yunus

لا إِلَهَ إِلا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau Ya Allah sesungguhnya aku termasuk dalam orang yang menzalimi diri sendiri.”

Doa ini dibaca ketika Nabi Yunus berada dalam perut ikan Nun. Amalkan selalu. In shaa Allah Allah pasti bantu keluarkan sesiapa jua yang sedang dalam tekanan, kemurungan, kesempitan dan sebagainya.

4. Doa Fatimah

Doa ini diajarkan baginda Nabi Muhammad s.a.w kepada puteri kesayangannya Fatimah.

ياَ حَيُّ ياَ قَيُّوْمُ
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri.

بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
Dengan rahmat-MU aku memohon pertolongan.

أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ
Perbaikilah untukku urusanku semuanya.

وَلاَ تَكِلْنِيْ اِلىَ نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ
Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. Aamiin.

5. Hawqalah

لَا حَولَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّه

“Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan dari Allah”

6. Doa hilangkan kesedihan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, aku berlindung denganMu dari rasa dukacita dan sedih, dan aku berlindung denganMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan penindasan orang.”

Selamat beramal kerana Allah. Moga Allah bantu kita istiqomah mendekatkan diri dengan-Nya. Semoga sahabat yang sedang diuji Allah berada dalam kemurungan, kesakitan dan apa jua ujian diberi kesembuhan dan jalan keluar oleh Allah. In shaa Allah. #Aamiin.

Salam Cinta,
Ustazah Huda.
Syukur Kunci Bahagia.