Siapa yang tidak mengenali dan mengetahui perjalanan kisah bayi istimewa Ainul Mardhiah. Kisahnya bukan saja viral di Malaysia tetapi juga seantero dunia.

Namun kini penderitaan yang dilalui oleh adik Ainul Mardhiah sudah berakhir apabila berjaya mengharungi detik sukar dalam hidupnya dan juga buat seluruh keluarga.

 

View this post on Instagram

 

Khamis, 13 Jun 19 London, 1 petang Syukur Alhamdulillah, Ainul dah ready nak masuk ke wad biasa hari ini. Jarum jarum sebelum ni yang ada di tangan dan kaki Ainul semua Dr dah cabut. Nurse dekat wad semua dah tunggu Ainul. Tak sabar nak jumpa Ainul😁 Tangan Ainul memang tak boleh duduk diam. Ainul mesti nak pegang something baru dia akan diam dan tidur. Kalau selimutkan atau balut tangan dia tak sampai seminit dia dah keluarkan. Tengok baby baby lain dalam wad ni semua diam je kena balut sampai dekat Ainul sorang je yang nak bebaskan tangan😂 Ainul Ainul. Hari ni memang Ainul buka mata je nak cakap cakap dengan mama. Ainul dah pandai nak tutup mulut sikit sikit. Ainul senyum bila mama bacakan Al Fatihah. Semua sayang Ainul ❤️

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Artikel Berkaitan: “Ainul Stabil Lepas Pembedahan, Ainul Anak Mama Paling Kuat”

Kini sudah genap 4 tahun usia Ainul Mardhiah. Dan sempena ulang tahun kelahirannya 13 Ogos lalu, bapa Ainul menitipkan kata-kata yang sangat menyentuh hati.

Menurut bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, kelahiran puteri sulung dalam keluarga mereka memberi banyak pengalaman dan pengajaran cukup berharga.

Daripada menjadi insan tidak dikenali hinggalah dirinya mendapat tempat di hati masyarakat dan menjadi kesayangan semua.

Setahun melalui tempoh sukar, ternyata Ainul Mardhiah digambarkan seorang yang sangat kuat, cekal dan tabah orangnya.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Ya Allah, Beratnya Dugaan Ainul Mardhiah Dan Ibu Bapanya, Moga Allah Beri Kekuatan Kepada Keluarga Ini

Malah menurut bapanya lagi di laman Instagramnya, hari ini ternyata Ainul sudah berjaya melalui tempoh survive dari ketumbuhan yang pernah dilalui sebelum ini.

Ayuh, ikuti perkongsian yang sangat menyentuh hati ini.

Isnin, 13 Aug 2018, 3.25pm @ Hospital Besar Melaka

Alhamdulillah, banyak pengajaran, pengalaman yang Allah swt berikan diatas kelahiran puteri sulung kami, Ainul Mardhiah.

Daripada tidak dikenali, sehingga lah mendapat tempat di hati masyarakat yang prihatin dan penuh kasih sayang terhadapnya.

 

View this post on Instagram

 

Ainul Mardhiah

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Alhamdulillah, kami tidak sangka dengan apa yang telah Ainul lalui pada usianya setahun yang lalu.

Ternyata, puteri kami ini sangat kuat, cekal dan tabah orangnya. Mungkin lebih kuat dari kami dan juga orang yang berada disekelilingnya pada ketika itu.

Hari ini, boleh dikatakan ainul telah berjaya suvive dari ketumbuhan yang pernah menyinggah sebentar dalam kehidupnya.

Hari ini, Ainul membesar seperti seorang juara! Ainul bertambah aktif dan kelihatan sangat ceria.

 

View this post on Instagram

 

Lepas mandi, kita baca buka ok.

A post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Ainul boleh bermain, boleh ketawa, boleh menangis dan Ainul dah reti menyakat orang disekeliling. Ainul menjadi penghibur duka lara kami dengan keletahnya.

Terima kasih Allah swt. Terima kasih semua. Doakan Ainul membesar dengan sihat, doakan Ainul diberikan kesembuhan secara total, Doakan Ainul dapat membesar dengan baik, dan doakan juga supaya Ainul menjadi seseorang yang akan memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada orang lain di masa akan datang.

Amin.

Happy Birthday Ainul Mardhiah
Semoga Allah berkati kamu, Anak

Artikel Berkaitan: Bapa Kongsi Video Ainul Mardhiah Tersenyum, Ramai Doakan Kesembuhan Anak Syurga Ini