Tidak dinafikan ada kalanya Tuhan sengaja menduga dengan menguji sejauh mana keikhlasan sebenar diri kita.

Terutamanya dalam bab duit kerana disebabkan itu juga boleh menyebabkan seseorang bersikap tamak tanpa memikirkan kesusahan orang lain.

Namun Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana. Tanpa kita sedar dugaan kecil yang datang itu sekadar untuk menguji dan menjadi kemenangan jika kita mampu melawan ujian yang datang.

Artikel Berkaitan: Rajinlah Bantu Mak Ayah & Kerap Bersedekah, InsyaAllah Jodoh Tahun Ini Cepat Mendekat & Tak Kemana

Seperti perkongsian di laman sosial Facebook Muhammad Ikram Rosdi, di mana dia memberi sedekah jumlah yang sedikit kepada yang memerlukan, tetapi Allah kemudian gandakan dari nilai sebenarnya.

Ikuti perkongsian ini dan fahami apa maksud yang cuba disampaikan.

BAGI RM20, DAPAT RM50

Semalam dapat satu request dari customer minta hantar akok ke Bangi lama, akak tersebut minta tolong sangat hantar sebab anak nak makan. Tapi katanya nak dalam rm5 jer. Terdiam kejap. Dah la jauh, lepas tu Rm5 jer. Kalau ikutkan luar kawasan Bandar Baru Bangi aku ambil minimum order 4set bergantung lokasi. Tapi tergerak juga hati untuk terima.

Hari tu ada 9 tempat nak kena hantar. Jadi aku start dengan hantar yang beliau punya, bermula dari tempat paling hujung. Sampai sahaja dilokasi, aku lihat sebuah rumah yang agak sedikit serba kekurangan dari pandangan mata aku. Kemudian seorang anak kecil keluar.

IKLAN

“Yeeaa, kuih akok kuih akok !”

“Pakcik ni duit”, ditangannya ada segenggam duit syiling yang dihulurkan kepadaku.

Entah kenapa hati aku terkedu. Aku ambil duit darinya. Secara spontan aku terseluk poket seluar. Ada rm20. Lalu aku panggil kembali anak kecil tersebut yang sedang beransur masuk ke dalam rumah.

“Adik! Mari sini kejap”

“Nah duit raya. Nanti boleh belanja family makan-makan”

Mukanya tersenyum gembira. Selepas mengucapkan terima kasih, si kecik tersebut terus meluru masuk dan aku teruskan perjalanan ku ke destinasi lain.

Nak dipendekkan cerita, selepas itu dilokasi penghantaran kedua, keempat, kelima dan ketujuh, aku tidak dibayar cas penghantaran. Tipulah kalau aku katakan tak terdetik langsung rasa kecewa dihati. Yelah. Untung sekeping akok baru berapa sen. Minyak, mantainance motor, penat dan masa tak diambil kira. Setakat seorang dua, mungkin tak rasa ralat sangat. Lagipun, baru tadi buat baik. Rasa ikhlas tadi dah jadi macam tak ikhlas dah.

Apa pun, yang nyata syaitan tetap akan berusaha untuk menghasut hati seorang manusia. Jadi aku cuba untuk tetap bersangka baik. Sebenarnya Aku langsung tak salahkan mereka. Mungkin mereka terlupa, mungkin tidak perasan aku ada mention cas COD. Atau mungkin juga mereka ada kekangan kewangan. Sebab aku sendiri pernah alami situasi sebegini. Lagipun seperti mana yang aku mention cas COD seikhlas hati, sama ada dapat banyak, sedikit atau tak dapat langsung, aku sendiri perlu terima.

Setibanya dilokasi kelapan, aku hulurkan 4set akok yang berharga Rm20 kepada pelanggan setia aku, Puan Halimah. Disusuli dengan bayaran.

“Eh puan terbagi lebih Rm50 ni”, kataku sambil membelek sekeping note Rm20 dan Rm50.

“Tak pe ambil jer.upah delivery…….memang niat nak bagi……….” Ujar beliau. Sebenarnya ucapannya panjang lagi. Tapi aku lupa sebab dalam keadaan terperanjat.

Artikel Berkaitan: Bangun Solat Tahajjud Setiap Hari & Rajin Bersedekah, Rahsia Rezeki Shuib Sentiasa Mengalir Deras

Aku cuba kira kembali upah delivery yang aku perolehi. Rm2,Rm3, Rm50 Dan Rm5. Total Rm60. Alhamdulillah rezeki bergolek

Kesimpulannya
1. Dalam keadaan kita fikir kita susah, sebenarnya lebih ramai lagi yang lebih susah daripada kita
2. Bukan senang nak ikhlaskan hati. Tapi cubalah dan sentiasalah bersangka baik
3. Jangan sesekali mengalah untuk berbuat baik atau berubah jadi baik. Walaupun kita berterusan diuji tapi percayalah, Allah tidak akan kejam pada hambanya. Tapi sebaliknya kitalah yang kejam pada diri sendiri diwaktu lampau kita

#akokpahorbangi

Kashoorga: Segala keperluan untuk menyediakan hidangan keluarga tersedia di sini