Allah memberi rezeki pada hambaNya dalam pelbagai cara. Tiada siapa tahu dan hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Dan minggu lepas, menjadi rezeki apabila pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bagi menggantikan usahawan, Vivy Yusof.

Kredit Foto: FB Uitm Official

Inilah yang dinamakan rezeki dan perkara itu dimaklumkan oleh tuan empunya badan sendiri di laman Instagramnya dengan berjanji akan menjalankan tugas sebaik mungkin.

“Kau Ilham Ku
yang terikat itu baldi
yang dalam itu telaga
yang manis itu budi
yang ilmu itu harta

“Saya berjanji selagi hayat terkandung sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT.. saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat.

#uitm
#uitmdihatiku

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


Sebaik mendapat tahu perlantikan ini, warganet turut mengucapkan tahniah buat ikon festen ini dan rata-rata menyatakan Datuk Rizalman memang layak menjawat jawatan berkenaan kerana antara individu yang berjaya dalam bidang diceburi sejak berdekad lagi.

normalaeusoff U deserved it! Congrats Dato’ RI. ITM Di Hatiku #alumniuitm Product AD School (zaman kita nahhh

IKLAN

azahmanap_ baru sesuai… Alhamdullilah Uitm ada mentor baru…

zakaria.b.ibrahim Tahniah dato rizalman semoga allah permudahkn segala urusan dato…

malayherbslov_maajunnenda Terrrbaik Dato…. Calon yg selayak2nya dari kalangan alumni UiTM sendiri. Mudah2an Allah permudahkan urusan Dato dan UiTM menaikkan martabat nama baik UiTM.

sabdmajid Tahniah Dato, syukur pd Allah swt. Allah angkat lagi satu darjat Dato menjadi penasihat dan pembimbing yg baik kpd anak bangsa

nabihah7_ahmad 100% sokong!!!!!!!!! Alhamdulillah tahniah Dato . May Allah SWT ease everything

IKLAN
Janji beri khidmat terbaik.

Sementara dalam artikel di Harian Metro, Rizalman turut berkata beliau akan cuba menambah baik taraf graduan universiti supaya dapat berbakti dengen lebih mampan kepada masarakat kelak.

“Bergelar graduan bukan sekadar untuk mendapat segulung ijazah saja. Saya bersyukur ada kelebihan daripada segi ilmiah serta pengalaman lebih 30 tahun meredah cabaran dalam alam pekerjaan dan membina empayar.

“Kemahiran ‘survival’ inilah yang saya mahu perkukuhkan lagi dalam diri graduan. Saya mahu gunakan peluang ini bagi mendidik mereka untuk menyimpan cita-cita tinggi serta sedia memberi impak kepada masyarakat,” katanya.

Artikel Berkaitan: Pernah Tinggal RM20 Dalam Akaun, Datuk Rizalman Kongsi Kisah Duka Sebelum Bergelar Pereka Tersohor

IKLAN

Rizalman juga berjanji untuk menelusuri situasi di UiTM secara menyeluruh sebelum melaksanakan sebarang penambahbaikan dalam misinya berbakti sebagai Ahli Lembaga UiTM.

“Saya tidak sangka posisi ini terlalu tinggi dan penting. Oleh itu, saya perlu persiapkan diri untuk mengkaji setiap aspek yang penting untuk diberi perhatian dalam memajukan UiTM.

“Kehadiran saya bukan untuk mengubah sistem, sebaliknya bagi memantapkan lagi kredibiliti universiti secara keseluruhan. Tradisi yang sedia ada perlu diteruskan namun boleh digabungkan dengan elemen baru dan relevan.

“Saya dimaklumkan fokus mungkin banyak dalam membantu daripada segi pengalaman keusahawanan. Namun begitu, saya sedia menyumbang pelbagai idea baik untuk tujuan akademik dan lahirkan graduan berkualiti,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


Sumber: Harian Metro

Kredit Foto: Instagram Rizalman Ibrahim

Artikel Berkaitan: “Ain Pesan Wakilkan Datuk Untuk Baca Yasin” – Datuk Rizalman Ibrahim Terkesan Kehilangan ‘Kesuma Jiwa’nya Pagi Ini