Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila dikurniakan anak. Lebih membahagiakan apabila anaknya dinantikan adalah bayi lelaki sebagai pelengkap anak perempuan yang sudah ada.

Ternyata di hari ketujuh menyambut Ramadhan, memberikan berita gembira buat artis popular tanahair Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila selamat selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi tadi. Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

IKLAN

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. Sekaligus melengkapkan keluarga bahagia ini iaitu memiliki anak perempuan, Siti Aafiyah dan juga lelaki.

Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

IKLAN

Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

IKLAN

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t. Sumber : IG CTDK