Jika mahu berkat sebuah perkahwinan, nikahilah dia kerana agamanya. Perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat yang memerlukan keserasian dan persefahaman.

Keberkatan dalam sesebuah perkahwinan juga bergantung kepada tahap agama masing-masing.

Berkahwin bukan sekadar memenuhi tuntutan fitrah semata-mata tetapi lebih daripada itu. Apatahlagi buat pasangan yang mendirikan masjid dalam usia yang masih muda.

Berikut perkongsian daripada ustaz Aiman Banna.


View this post on Instagram

Gambar selepas majlis walimah kami 3 tahun lepas. Saya buka kopiah & serban sebagai tanda ikatan serban ini tiada jaminannya untuk mengikat hubungan cinta hingga Syurga, tetapi ikatan iman & taqwa dalam simpulan cinta sahajalah yang mampu jadi asbab senyuman bahagia kami saling bersua di Jannatul Firdausi al-A'laa. . Mengambil tanggungjawab seorang suami ketika masih umur belasan tahun bukan perkara yang boleh buat main. Siapa sangka, beberapa tahun selepas itu dikurniakan anak pertama yang bernama Aisya Humaira. . Di sini, saya ingin kongsikan sekelonet pengalaman dengan sahabat-sahabat yang ada niat ingin menghalalkan cintanya dengan seorang perempuan yang dia cinta sepenuh jiwa. . Sahabat, janganlah nikah hanya berdalilkan cinta sahaja. Kerana rasa cinta boleh jadi sifar bila-bila masa sahaja. Ingat, syaitan tidak pernah berputus asa untuk musnahkan kita! . Sebelum nikah, dia akan pastikan sepasang kekasih berakhir dengan zina, manakala selepas nikah dia akan pastikan pasangan bercerai-berai. Itu misi mereka. . Antara belitan Syaitan yang dilaknat itu ialah dia akan membuatkan kita benci dengan isteri yang sudah dinikahi. Dia akan membuatkan kita rasa kehadirannya satu beban, harta kita mula kurang. Kita akan mula rasa keturunannya tidak baik, ataupun mungkin dia tidak mampu lahirkan keturunan anak cucu buat kita. Juga syaitan akan membuatkan matamu melihat wanita lain lebih cantik dan indah daripada isterimu itu. . Jadi sebab itulah kata-kata Nabi yang mulia ini perlulah kita jadikan pedoman, . Dinikahi wanita kerana empat perkara. . Harta. Keturunan. Cantik. . Sahabat, jangan pilih salah satu antara tiga itu. Tetapi pilihlah yang keempat. Iaitu… . AGAMA. . Oleh itu, jangan nikah semata kerana cinta membuta asbabmu semata. Nikahilah kerana taqwa. . Kerana taqwalah yang akan membuatkan anak matamu hanya melihat wanita itu menjadi bidadari dunia dan Syurgamu. Cantik, sangat cantik. Juga, kamu akan redha dengan taqdir keturunnya denganmu. Biar tiada harta dan tidak kaya, kerana kalian ingin bina istana bahagia di Syurga, tidak terpedaya dengan dunia yang sementara. . Konklusinya, nikahilah dia kerna taqwa. . Psst, nak sambungan ke? Caption takleh panjang đŸ˜­

A post shared by Aiman Banna (@aimaanbanna) on

Gambar selepas majlis walimah kami 3 tahun lepas. Saya buka kopiah & serban sebagai tanda ikatan serban ini tiada jaminannya untuk mengikat hubungan cinta hingga Syurga, tetapi ikatan iman & taqwa dalam simpulan cinta sahajalah yang mampu jadi asbab senyuman bahagia kami saling bersua di Jannatul Firdausi al-A’laa.

Mengambil tanggungjawab seorang suami ketika masih umur belasan tahun bukan perkara yang boleh buat main. Siapa sangka, beberapa tahun selepas itu dikurniakan anak pertama yang bernama Aisya Humaira.

Di sini, saya ingin kongsikan sekelonet pengalaman dengan sahabat-sahabat yang ada niat ingin menghalalkan cintanya dengan seorang perempuan yang dia cinta sepenuh jiwa.

IKLAN

BUKAN KERANA CINTA SEMATA

Sahabat, janganlah nikah hanya berdalilkan cinta sahaja. Kerana rasa cinta boleh jadi sifar bila-bila masa sahaja. Ingat, syaitan tidak pernah berputus asa untuk musnahkan kita!

Sebelum nikah, dia akan pastikan sepasang kekasih berakhir dengan zina, manakala selepas nikah dia akan pastikan pasangan bercerai-berai. Itu misi mereka.

Antara belitan Syaitan yang dilaknat itu ialah dia akan membuatkan kita benci dengan isteri yang sudah dinikahi. Dia akan membuatkan kita rasa kehadirannya satu beban, harta kita mula kurang. Kita akan mula rasa keturunannya tidak baik, ataupun mungkin dia tidak mampu lahirkan keturunan anak cucu buat kita. Juga syaitan akan membuatkan matamu melihat wanita lain lebih cantik dan indah daripada isterimu itu.

PILIHLAH KERANA AGAMA

Jadi sebab itulah kata-kata Nabi yang mulia ini perlulah kita jadikan pedoman,

Dinikahi wanita kerana empat perkara.

Harta.
Keturunan.
Cantik.

Sahabat, jangan pilih salah satu antara tiga itu. Tetapi pilihlah yang keempat. Iaitu…

AGAMA.

Oleh itu, jangan nikah semata kerana cinta membuta asbabmu semata. Nikahilah kerana taqwa. .
Kerana taqwalah yang akan membuatkan anak matamu hanya melihat wanita itu menjadi bidadari dunia dan Syurgamu. Cantik, sangat cantik. Juga, kamu akan redha dengan taqdir keturunnya denganmu. Biar tiada harta dan tidak kaya, kerana kalian ingin bina istana bahagia di Syurga, tidak terpedaya dengan dunia yang sementara.

Konklusinya, nikahilah dia kerna taqwa.

Artikel Berkaitan: Hikmah PKP, Lelaki Ini Deko Rumah Bersama Tunang Bajet Bawah RM2 Ribu. Lepas Kahwin Boleh Terus Pindah!

Sumber Kredit: @Aimaan Banna

Kashoorga: Persediaan untuk melangkah hari bahagia, boleh layari sini