Siapa tidak mengenali pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang begitu bermurah hati dalam membantu golongan memerlukan.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew dilihat menghulurkan bantuan menyediakan air kepada penduduk yang terjejas akibat masalah keputusan bekalan air di beberapa kawasan.

Artikel Berkaitan: “Jangan Pandang Rendah Doa Ibu & Isteri, Mustajabnya Ibarat Boleh Menggoncang Dunia” – Pesan Ustaz Ebit Lew

Dalam perkongsian di laman Instagramhya, Ustaz Ebit Lew memberitahu hatinya begitu sayu apabila tahu Selangor mengalami masalah keputusan bekalan air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Jadi beliau terpanggil untuk membantu membeli air dengan dua lori besar untuk diagihkan kepada penduduk terbabit.

Ayuh, ikuti perkongsiannya yang sangat menyentuh hati lebih-lebih lagi apabila melihat warga tua turut beratur untuk mendapatkan bekalan air.

“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.

IKLAN

Artikel Berkaitan: “Rasa Macam Pengantin Baru, Sarung Cincin Depan Pasaraya” – Ramai Puji Cara Ustaz Ebit Lew Hargai Bidadari Cintanya!

“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

“Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan-ebitlew

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Perkongsiannya ini mendapat respon dari warganet yang memuji tindakan pantas Uztaz Ebit Lew dalam menghulurkan bantuan di saat masyarakat amat memerlukan bantuan.

fakhrulunic Alhamdulillah, barakah dikongsi bersama @ebitlew

drhalina Sampai ketahap beli lori tangki air… hati ustaz mmg sgt baik… semoga ustaz terus kuat utk bantu ramai org kat luar sana.. dan semoga perjuangan ustaz tak disalahertikan… terima kasih ustaz..

IKLAN

syahmin_5030 Ustaz.. Allahuakbar.. Ustaz sentiasa pikit hal2 umat.. Hal2 negara terutama nya.. Sentiasa ke hadapan dlu.. Semoga ustaz sentiasa dilindungi sihat sejahtera..

mohd_hafizan8 mashaAllah. tk kira agama dan bangsa. saling tolong antara kita.. semoga ustaz selalu dimurahkan rezeki. dipanjangkan umur dan sentiasa dilindungi

bobbappe_7781 Masyaallah..semoga ini asbab syurga..untuk ustaz

syahmizailan Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita. Aminn…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Kredit Foto: Instagram Ustaz Ebit Lew

Artikel Berkaitan: “Pernah Kerja Petrol Pam, Dapat RM2 Dah Seronok. Besar Nilainya” – Ini Sebab Ustaz Ebit Lew Tawar Harga Murah