Bila sebut tentang mak ayah di kampung, pasti rindu bertandang. Apa tah lagi sudah berbulan-bulan Perintah Kawalan Pergerakan diperkenalkan, kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Sebagai anak, kita pastinya berasa sebak untuk memeluk kedua ibu bapa yang mungkin sudah dimamah usia. Masa yang sama, sudah lama juga tidak menikmati air tangan mak yang rasanya luar biasa sedap.

Di aplikasi tik to katas nama @bumohsurprise, seorang isteri berkongi momen sedih yang membuatkan ramai netizen menangis sama apabila memaparkan saat suaminya menangis tatkala menikmati hidangan berbuka puasa pada hari kedua.

IKLAN

Ini kerana dirinya memasak gulai ayam menggunakan rempah dibekalkan emak mentuanya yang sudah dibekukan sebelum ini.

Namun apa yang mengejutkan, saat suaminya berbuka, tidak semena-mena air matanya mengalir laju kerana rasa masakan itu sama seperti dimasak oleh ibunya di kampung. Katanya dalam perkongsian itu, mereka sudah lama tidak balik kampung sejak MCO Januari lalu.

IKLAN

Tapi apa yang lebih menyentuh hati, saat dia memberikan rakaman video itu kepada ibu mentuanya di kampung, ibu mentuanya turut menangis sama kerana sebak melihat situasi anaknya itu.

IKLAN

Nyata wabak COVID-19 ini membuatkan rasa rindu anak-anak di kota terhadap ibu bapa di kampung semakin membuak-buak. Semoga kerajaan membuat keputusan yang tepat dalam keadaan semasa hari ini.

https://www.tiktok.com/@bumohsurprise/video/6950997082375228673?referer_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F&referer_video_id=6950997082375228673&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6951753397712668162 COPY LINK