Solat bersama bulu kucing

Home Forums Umum Solat bersama bulu kucing

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #3803
    Nadia
    Keymaster

    Ada orang kata bulu kucing dari kucing hidup dan sudah mati itu najis. betul ke? Kadang-kadang saya ragu-ragu malah ada yang tak tau ada bulu kucing melekat ke ketika bersolat. Minta tolong ustaz bagi pencerahan ya.. tq..

    #3808
    Ustaz Kita
    Member

    Merujuk pada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah daripada Kabsyah Binti Ka’ab bin Malik, bahawa suatu saat Abu Qatadah memasuki rumah dan disediakan minuman olehnya. Tiba-tiba datang seekor kucing meminum daripada air minuman itu dan Abu Qatadah mencondongkan mangkuk itu sehingga dapat diminum oleh kucing itu. Ketika Abu Qatadah melihat Kabsyah memperhatikannya maka dia bertanya : “Apakah kau terkejut wahai anak saudara perempuanku?” Dia menjawab : “Benar”. Berkatalah Abu Qatadah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Kucing itu tidak najis, ia termasuk binatang yang berkeliaran di sekelilingmu”(Sahih Abi Daud dan lain-lain)

    Berdasarkan hadis sahih ini para sahabat, tabi’in dan kebanyakan daripada ulama seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishaq bin Abdullah mengatakan bahawa ianya tidak dikira najis. Bahkan jumhur ‘ulama mengatakan bahawa bulu kucing tidak najis kerana ia adalah daripada haiwan yang bukan daripada kategori haiwan najis. Malah jika jilatan kucing bukan najis maka bulu kucing adalah lebih utama untuk dikatakan tidak najis.

    Pendapat yang paling rajah (benar) pula mengatakan bahawa setiap rambut, bulu, bulu pelepah dan benang bulu daripada kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan adalah tidak najis sama ada ia masih hidup atau pun tidak. (Majmu’ Fatawa 38/21).

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.

Artikel Popular

Ibu Mengandung Sekarang Banyak Pegang Phone Selfie Tunjuk ‘Baby Bump’ Dari Al-Quran. Tanpa Tahu...

Siapa yang tidak teruja apabila dikhabarkan mengandung setelah lama berkahwin. Saat itu sebagai Ibi muda pastilla sibuk untuk merakam momen menasik sepanjang kehamilan.Dan rasanya...

Laman Cantik Sampai Dahan Masuk Rumah Sebelah, Boleh Ke Tuan Rumah Tolong Potongkan? Ini...

Kalau dahan pokok jiran kita masuk ke sempadan rumah kita adakah boleh kita kerat sebab daun yang jatuh ....

Rupanya Hanya Guna Air Batu Untuk Lembutkan Daging Liat. Petua Paling Berkesan Bagi Yang...

Daging merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh badan kita. Akan tetapi kebiasaanya kita ...

Jaga Orang Tua Yang Sakit Kena Sabar & Jadi Kreatif. Jangan Tunggu Je, Biar...

Tidak mudah sebenarnya menjaga kedua ibu bapa yang masih sakit. Seseorang itu perlu bersedia ...

Punya Sejarah Lahir Dalam Kereta, Hasil Didikan Orang Tua Anak Gadis Norman Hakim Penuhi...

Kelahiran setiap anak pastinya memberi momen cukup berharga buat kita ...

© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: