Cat kuku berwarna

Home Forums Syariah Solat Cat kuku berwarna

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #3804
    Nadia
    Keymaster

    Bolehkah kita memakai warna inai kuku seperti warna cat kuku yang biasa dipakai oleh orang kafir?

    #3807
    Ustaz Kita
    Member

    Tidak ada salahnya anda mengenakan inai pada kuku selagi bahan-bahan dalam pembuatan inai bertepatan dengan syarak halal. Biasanya, inai terdiri daripada daun inai dan beberapa campuran lain semulajadi. Kemunculan inai segera pelbagai warna yang kini mudah didapati di kebanyakan pasaraya menjadikan inai buatan sendiri semakin ketinggalan.

    Sebenarnya, hukum memakai inai bagi wanita adalah harus tetapi jika warna inai adalah selain dari warna oren kekuningan, kebanyakan ulama mengharamkannya. Seperti kata Ibn Umar ra: “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami).

    Ada juga ulama berpendapat wanita boleh mengenakan inai kuku warna apa sekali pun malah Nabi menyuruh memakai inai. Dari Aisyah ra, “Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan anNasa’iy (5092).

    Namun, pemakaian inai biarlah bersebab seperti untuk menyembuhkan sakit kuku atau tujuan majlis perkahwinan. Akan tetapi, berdosa jika niat hanya mahu menayang dari segi kecantikan seperti mengukir mengikut dalam upacara keagamaan hindu.

    Mudah saja untuk memakai inai yang dibenarkan. Pastikan inai yang anda pakai atau beli boleh telap air. Jika inai yang dipakai terdiri daripada daun inai, za’faran, kunyit, daun teh, perahan limau dan sebagainya maka ia adalah sah. Jika kandungan inai mempunyai bahan seperti minyak maka ia adalah haram. Wallahualam!

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.

Artikel Popular

“Henti Label Ibu Tiri Manusia Kejam. Sekarang Bukan Zaman Cinderella”- Faezah Elai

Jika diberi pilihan, memang tidak ada wanita yang ingin menjadi ibu segera sebaik bernikah dengan pasangannya. Namun suratan jodoh tiada siapa boleh menidakkan kuasa Allah.

“Abah Bertanggungjawab” – Netizen Puji Cara Didikan Ayah Mira Filzah, Tegur Penampilan Jadi Wanita...

Awal bulan lalu menyaksikan majlis 'wedding of the year' pasangan ...

Salah Cara Sujud, Dibimbangi Solat Bertahun Lama Allah Tak Terima

Sejak dari kecil hingga hujung nya (dengan izinNya) kita menunaikan solat. Bermakna bertahun lamanya kita sujud kepadaNya. Sujud adalah salah satu daripada rukun sah solat.

Ini Tanda-tanda Jodoh Kita Dah Dekat, Teka-teki Mungkin Terjawab

Jodoh itu datangnya tak cepat dan tak lambat. Ia datang ‘ngam-ngam’ saat paling sesuai buat kita. Namun, usaha mencari jodoh tetap perlu dilakukan.

Air Mata Neelofa Tumpah Dengar Perkongsian Ilmu Prof Muhaya. Ini 3 Perkara Positif Yang...

Baru-baru ini Datuk Prof Dr Muhaya, 62 tahun telah diundang ke program Next To Neelofa sebagai ...

© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: