Dalam urusan rumahtangga, bukan semua memahami minat pasangan. Ada yang menyokong dan ada yang kurang memberikan galakan. Malah sering kali kita terdengar perumpamaan, lelaki kalau sudah berkahwin, disuruh tinggalkan minat dan tabiat zaman bujang. Hiduplah dengan cara orang sudah berkahwin. Mesti ada selalu depan mata isteri, kalau keluar kena bawa isteri dan anak-anak dan lain-lain lagi.

Sebagai idola masyarakat atas budi bahasanya, sopan santunnya malah sikap pemurahnya, Ustaz Ebit Lew cukup disenangi ramai. Ternyata kesantunannya “melayan” masyarakat, diaplikasikan dalam kehidupan rumahtangganya apabila saban hari, tanpa jemu akan sentiasa membisikan kata-kata bahawa dirinya sangat menyintai isteri yang juga bidadarinya yang sentiasa menyokong usaha dakwah dan pengorbanan masa dibuatnya selama ini.

Dalam satu perkongsian di pagenya, Ustaz Ebit Lew memaklumkan dirinya akan sentiasa membisikkan kata-kata “I Love You Sayang” kepada bidadarinya setiap pagi. Tanpa sokongan dari isterinya, pasti usahanya tidak selancar hari ini.

Berikut catatannya :-

IKLAN

Saya bisik pada bidadari saya setiap pagi. Hargai sedikit masa yang ada. I love you sayang. Terima kasih selalu jaga anak-anak. Didik anak-anak. I miss u bidadariku sayang. Rindu dan sayang sangat.. Dunia mungkin berubah tapi ada bidadari sayang dan anak-anak dimana pun rasa bahagia. Jika hati bahagia dimana pun kita akan bahagia.

Setiap pagi selalunya dapat bercakap sekejap dengan bidadari tercinta. Lepas tu keluar rumah balik dah lewat malam. Jika ada masalah besar tiba-tiba tak balik beberapa hari. Tapi nak tahu tak, bidadari inilah yang selalu beri semangat dan doa.

IKLAN

Orang boleh cakap apa sahaja. Kita lalui dan pilih jalan perjuangan ini. Cukuplah Allah tempat bergantung berserah. Kita tak hidup untuk orang. Kita hidup untuk Allah sayang. Kepada Allah kita adukan kesedihan dan kesusahan. Sayang semua orang dan maafkan semua orang.

IKLAN

Ya Allah jika ada pahala untuk sedikit usaha kecil ini saya hadiahkan pahala buat ibubapa saya. Saya hadiahkan pahala buat bidadari ini yang sebenarnya pejuang. Tak banyak cakap, tak pandai komplen. Tak pernah mengeluh. Sentiasa hadiahkan senyuman. Banyak berkorban dan berdoa menangis untuk suami dan setiap insan atas dunia ini.

Terima kasih bidadariku. Dari hati abang. I love you bidadari sayangku. Terima kasih bidadari sayang. (Tq Airis anakku selalu ambil gambar)

Mari kita amalkan perkara sama bagi yang sudah berumahtangga dengan mengungkapkan kata-kata itu kepada pasangan kita. Perlu tahu, kita hanya akan bertemu pasangan di dunia sahaja kerana bila tiba hari Akhirat, di Padang Masyhar, kita keseorangan. Tidak kenal mak ayah, tak kenal anak-anak, tak kenal suami/isteri, adik beradik dan saudara mara sebaliknya kita bergelut dengan diri sendiri di hadapan Allah taala.Jika kita memperoleh buku catatan amal di tangan kanan seperti dinyatakan dalam surah Hari Kiamat iaitu surah Al-Waqiah, beruntunglah kita kerana kerana golongan kanan akan dimasukkan ke syurga manakala bagi menerima buku amal di tangan kiri, nerakalah tempat kita.