Kalau ingin anak sayang dan kenal Rasulullah SAW, kita boleh mulakan dahulu dengan perkenalkan lima nama Rasulullah junjungan kita ini.

Jangan kita biarkan mereka lebih kenal artis K-Pop berbanding nama Rasulullah SAW kesayangan kita ini. Kenalkan nama Rasulullah SAW sejak mereka kecil lagi agar mereka berasa dekat dan sayang kepada baginda.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Aku mempunyai banyak nama: Aku adalah Muhammad, aku juga Ahmad, aku juga al-Mahi insan yang Allah hadirkan untuk melenyapkan ketidakpercayaan, Hashir; yang menghimpunkan umat dan aku lah juga ‘Aqib (tiada lagi pengganti selepas aku) dan Allah telah menamakanNya sebagai Pengampun dan Penyayang” (sahih Muslim)

Nama Muhammad  “Insan yang terpuji”

Merujuk kepada betapa Rasulullah SAW sebagai insan yang mendapat setinggi-tinggi pujian kerana karakter dan kualiti yang ada padanya.

Baginda juga dipuji oleh Allah SWT dan para malaikatNya. Yang nyata baginda adalah insan yang terpuji. Allah juga menyebut agar semua umat manusia memberikan segala pujian kepada Rasulullah SAW di dalam Al Quran.

Artikel berlaitan: Letaklah Nama Yang Elok Sebab Ia Faktor Pembentukan Peribadi Si Empunya Diri

IKLAN

Artikel berkaitan: Nabi Dah Lama Pesan 6 Penyakit Akan Menimpa Umat Akhir Zaman. Berhati-Hatilah Kerana Kesannya Menakutkan!

Ikuti kami di Instagram: https://www.instagram.com/kashoorga/

Nama Ahmad “Insan yang memuji”

Ini merujuk kepada kenyataan bahawa Rasulullah SAW sangat memuja dan memuji Allah SWT dan menunjukkan raya bersyukur yang amat tinggi kepada Tuhannya.

Rasullullah sendiri adalah hambaNya yang sangat berterima kasih kepada Allah SWT atas segala pemberianNya.

Nama Al-Mahi “Yang melenyapkan”

Merujuk kepada kedudukan Rasulullah SAW sebagai perutusan Allah yang mampu melenyapkan golongan yang tidak mempercayai kewujudan Allah SWT.

Al-Hashir  “Yang menghimpunkan”

Ini merujuk kepada peranan Rasulullah SAW sebagai insan yang menghimpunkan semua umatnya di hari pembalasan kelak.

Al-‘Aqib “Yang terakhir”

Merujuk kepada nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah yang terakhir yang mana tiada lagi yang akan menggantikan baginda.

Salawat ke atas nabi junjungan kita.

Sumber artikel (diterjemahkan): onepathnetwork.com